JOHOR BAHRU: Seramai 130 peserta dari 39 negara akan mengambil bahagian dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali ke-26 yang berlangsung di Bukit Layang-Layang di sini dari 24 Feb hingga 3 Mac.
Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM) Datuk A Rahim Nin berkata antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand dan England selain penyertaan baharu iaitu Argentina.
Beliau berkata 400 peserta tempatan turut mengambil bahagian dalam festival yang bertema 'Budaya Dinamik' itu.
"Acara utama festival ialah pertandingan layang-layang yang mempunyai pelbagai bentuk dengan hasil seni kreatif untuk peserta antarabangsa mempersembah layang-layang ciptaan mereka kepada masyarakat tempatan.
"Tidak lupa juga persembahan pelayang kebangsaan dari seluruh negara yang hadir mempamerkan hasil seni dan pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buluh dan kertas berunsurkan motif sobek serta nilai estetika yang menakjubkan," katanya ketika sidang media di sini semalam.
A. Rahim berkata festival anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Persatuan Pelayang Johor (PPJ) dan MPM itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak serta agensi berkaitan.
Beliau berkata selain persembahan pelayang antarabangsa dan tempatan, PPJ dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan akan memperkenal acara persembahan Stunt Kite bagi menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam permainan layang-layang.
Festival itu, katanya akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 2 Mac.
Beliau berkata sejumlah 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka memeriahkan festival itu dan pelbagai aktiviti telah disusun untuk mereka.
Antaranya Gema Festival, Pasir Gudang Berselawat, Pertandingan Dron Bercahaya, Pertandingan Silat, Malam Kenduri Kampung, persembahan artis jemputan, pertandingan mewarna serta gerai pameran dan jualan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
A Rahim Nin (depan tiga, kiri) bersama Ahli Persatuan Pelayang Johor sempena Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-26 pada sidang media di UTC Pasir Gudang, 18 Feb 2024. -- fotoBERNAMA
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
130 peserta dari 39 negara ambil bahagian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand, England dan Argentina.